fbpx

Aliran trafik perlahan sekitar ibu kota pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan sebuah kereta rosak di lorong tengah selepas Bulatan Segambut menghala ke pusat bandar. /FOTO IHSAN ITIS DBKL

PETALING JAYA – Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi laman Twitternya memaklumkan trafik perlahan dari Ampang ke Ukay Perdana dan Desa Tun Razak ke Bandar Tasik Selatan yang melibatkan kedua-dua arah laluan.

“Selain itu, trafik sesak dari kem Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) ke Plaza Perabot; Institut Jantung Negara (IJN) ke Bulatan Pahang; Bangunan RHB Bank ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS); Bangunan TRX ke Wisma Mah Sing; Bulatan Batu Caves ke Bulatan Kepong, sesak kedua-dua laluan.

“Kemudian, trafik perlahan dari Masjid Negara ke Loke Yew (VIVA); Muzium Negara ke Jabatan Istana; dan Bulatan Pahang ke Balai Polis Setapak turut perlahan bagi kedua-dua arah,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, aliran trafik dari Bulatan Dato Onn ke Bulatan Segambut juga sesak pagi ini.

Sebelum itu, ITIS DBKL melaporkan kejadian kereta rosak di Jalan Kuching melibatkan lorong tengah selepas Bulatan Segambut menghala ke pusat bandar menyebabkan kesesakan lalu lintas, namun kereta tersebut telah dibaiki dan beredar dari lokasi kejadian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI