fbpx

Maguire tak layak jadi kapten United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE (kiri) dilihat sering menjadi punca gawang United dibolosi dan berada dalam keadaan bahaya kerana corak permainan yang ditampilkan. – AFP

LONDON – Bekas pemain pertahanan Manchester United, Paul Parker menggesa pengurus pa­sukan itu, Ole Gunnar Solskjaer melucutkan jawatan ketua pasukan yang disandang oleh Harry Maguire ketika ini.

Maguire dilantik sebagai kap­ten kelab berkenaan selepas Ashley Young berhijrah ke Inter Milan pada 2020, namun dia gagal untuk memberikan contoh menerusi persembahan terbaik untuk pasukan itu.

“Manchester United memberikan tugas sebagai ketua pasukan kepada Maguire terlalu awal. Ia membuatkan ramai pihak yang terkejut, ia adalah suatu yang mengarut. Dia tidak pernah memberikan aksi terbaik sejak hari pertama.

“Untuk menjadi ketua pasukan, ia bukanlah kerana seorang pemain itu dibeli dengan harga yang mahal ataupun dia seorang pemain yang bagus. Ia sebenar­nya lebih daripada itu.

“Dia (Maguire) bukan pemain terbaik untuk menjadi ketua pasukan sebuah kelab besar se­perti Manchester United ketika ini. Dia perlu membetulkan cara permainannya kerana banyak perlawanan yang disertai sangat mengecewakan,” katanya.

Maguire mendapat kritikan hebat ketika United tewas 0-5 kepada Liverpool terutama apabila mengeluarkan kenya­taan bahawa dia berada di Old Trafford seolah-olah kerana terpaksa.

Prestasi United musim ini sa­ngat buruk apabila mereka sekadar menduduki tempat keenam saingan Liga Perdana Inggeris dan tewas dalam enam daripada 12 perlawanan dalam semua kejohanan setakat ini.

Situasi berkenaan memberi tekanan hebat buat Solskjaer dan para pemainnya menyebabkan Parker mempertikaikan me­ngenai beberapa pelaburan yang dibuat oleh United terutama ketika membuat keputusan mendapatkan Maguire.

“Apa yang United bayar untuk mendapatkan Maguire adalah terlalu tinggi dan tidak munasabah. Dia adalah seorang pemain pertahanan yang hanya mampu mengangkat tangan dan mengharapkan pemain lawan berada dalam keadaan ofsaid.

“Dia sering membuatkan rakan sepasukannya dalam kea­daan sukar dan sentiasa memerlukan bantuan. Dia juga sering menyalahkan pemain lain,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI