fbpx

Lelaki tembak bapa kerana beli kepak ayam tidak sedap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suliafu bertindak menembak bapanya kerana membeli hidangan kepak ayam yang tidak digemarinya. - Getty

BOUNTIFUL, UTAH – Gara-gara tidak menggemari hidangan kepak ayam yang dibawa pulang, seorang lelaki di Utah, Amerika Syarikat menembak bapanya sendiri sehingga mencederakan mangsa, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Alika Unaga Suliafu, 31, dalam kejadian pada 21 Oktober lalu dilaporkan bertengkar dengan bapanya yang baru tiba di pangsapuri mereka selepas membeli hidangan kepak ayam kerana makanan tersebut dikatakan tidak memenuhi cita rasanya.

Suspek kemudiannya mengambil sepucuk pistol dan mengacukan ke arah bapanya yang merayu agar dia tidak menembaknya.

‘’Apabila suspek mendapati hidangan kepak ayam itu bukan daripada jenis yang disukainya, dia menjadi kecewa dan mula bertengkar dengan bapanya,’’ demikian menurut satu laporan daripada dokumen mahkamah. 

Tembakan pertama yang dilepaskan Suliafu tidak mengenai bapanya yang berjaya mengelak, sebaliknya menembusi dinding di bahagian dapur rumah jiran mereka. 

Bagaimanapun, ketika mangsa cuba bergelut untuk merampas pistol tersebut, suspek melepaskan dua das lagi tembakan yang menembusi siling rumah mereka.

Polis yang tiba di lokasi kejadian menemui mangsa dalam keadaan cedera, namun suspek sempat melarikan diri. Dia kemudiannya ditemui dan diberkas polis. 

Suspek didakwa atas kesalahan cubaan membunuh dan jenayah senjata api serta dipenjarakan di Penjara Daerah Davis di Farmington. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN