fbpx
Gambar hiasan.

Keputusan akhir pendakwaan amah bunuh bayi 3 Disember depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Keputusan akhir pendakwaan seorang amah Indonesia yang didakwa membunuh anaknya yang baharu dilahirkan, dua tahun lalu ditetapkan 3 Disember depan.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan terakhir daripada Timbalan Pendakwa Raya Wan Ariff Muzammil Wan Mohamed dan hujahan balas oleh peguam, S. Selvi, yang mewakili tertuduh, Welmince Alunat, 40.

Keputusan tersebut akan menentukan sama ada Welmince dipanggil bela diri atau dilepaskan dan dibebaskan.

Dalam prosiding tersebut, Wan Ariff menegaskan pihaknya telah membuktikan prima facie yang perlu dijawab oleh Welmince yang merupakan ibu bayi tersebut.

Jelasnya, merujuk keterangan Ketua Unit Forensik Hospital Ampang, Dr. Kamaruzaman Abd. Karim sebagai saksi pendakwaan kesembilan (SP9) menyatakan terdapat “compression mark” pada bahagian muka sebelah kiri mangsa.

“Tanda itu tidak akan sebesar itu kalau mangsa diletakkan begitu sahaja tetapi ia berlaku akibat kepalanya diperonyok atau ditekan.

“SP9 turut memaklumkan apabila darah berkumpul pada bahagian bawah (dalam keadaan posisi kepala di bawah di dalam baldi dan kaki berada ke atas) akan menyebabkan bayi tersebut sesak nafas dan pengaliran darah tersekat,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Welmince didakwa membunuh bayinya yang baru dilahirkan di dalam bilik mencuci dan menjemur pakaian, di Jalan Cempaka, Taman Cempaka, Ampang pada pukul 7 pagi, 22 Ogos 2019.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Seramai 17 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Akhbar sebelum ini melaporkan amah warga Indonesia yang baharu melahirkan bayinya dirumah majikannya difahamkan telah memijak anaknya sebelum mangsa dimasukkan ke dalam baldi dengan keadaan kepalanya di bawah dan kaki di atas. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN