fbpx

187,690 usahawan terjejas dibantu – Noh Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Noh Omar.

PETALING JAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menjelaskan seramai 187,690 usahawan dan koperasi yang terjejas sejak tempoh September hingga 31 Oktober lalu telah menerima bantuan pembiayaan termasuk moratorium.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, selain itu sebanyak 2,618 usahawan baharu dalam kalangan golongan hilang pekerjaan termasuk belia serta graduan telah diberi latihan untuk menceburi bidang keusahawanan.

“Seramai 7,113 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah dibantu bagi memperkukuh daya tahan perniagaan melalui adaptasi teknologi.

“Selaras dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 dalam membina ‘bangsa usahawan’ dan menjadikan Malaysia sebagai negara keusahawanan unggul, beberapa garis panduan dan strategi telah disusun bagi memantapkan pelaksanaan pendidikan dan kemahiran keusahawanan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian-BN) yang ingin tahu mengenai sasaran PMKS, kejayaan yang telah dicapai dan tindakan untuk membantu mereka membina ‘bangsa usahawan’ dan menjadikan negara sebagai negara keusahawanan.

Dalam pada itu, Noh berkata, usaha melahirkan budaya ‘bangsa usahawan’ telah bermula sejak di peringkat sekolah lagi antaranya melalui penubuhan koperasi.

“Selain itu, Kementerian Pendidikan (KPM) telah mewujudkan elemen atau komponen keusahawanan sedia ada yang telah dimasukkan dalam elemen merentas kurikulum.

“Kurikulum tersebut termasuk di peringkat sekolah rendah dan menengah di samping mata pelajaran khusus keusahawanan di bawah bahagian pendidikan dan latihan teknikal vokasional,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI