fbpx

David Beckham hasilkan lukisan pokok Krismas guna bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beckham tidak berbaju ketika menendang bola sepak untuk mencipta rekaan warna warni itu. - Getty

LONDON – Lagenda bola sepak England, David Beckham menggunakan kemahiran tendangan bebasnya untuk menghasilkan sebuah lukisan pokok krismas dengan cara menendang bola sepak bersalut cat ke arah sebuah kanvas, lapor akhbar The Sun semalam.

Beckham, 46, turut menanggalkan bajunya ketika sedang mengambil posisi untuk mencipta ‘hasil seni’ berwarna-warni tu.

“Memulakan sambutan Krismas dengan penuh bergaya . Siapa kata bola sepak bukan seni?’’ tulisnya di Instagram.

Isterinya, Victoria, kemudiannya secara berseloroh membalas, “Bila anda mahu mula membuat kad Krismas keluarga?’’. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI