fbpx

Lelaki pecah rekod lompatan balik kuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Collins merakam percubaannya dan menghantarnya kepada Guinness World Records. – UPI

LANSING, MICHIGAN – Seorang lelaki di Amerika Syarikat memecahkan Guinness World Records apabila melakukan lompatan balik kuang pada ketinggian 157 sentimeter (sm) dari tanah, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Trey Collins berkata, kemahiran lompatan balik kuang dan kebolehannya melompat secara menegak menjadi dorongan untuk dia cuba memecahkan rekod dunia kategori tersebut.
Collins melakukan percubaan tersebut di sebuah gelanggang bola keranjang semasa musim panas tahun ini.

Dia menyasarkan untuk memecahkan rekod sedia ada se­tinggi 147 sm yang dilakukan oleh atlet gimnastik Olimpik, Tyson Edwards pada 2014.

Collins berkata, dia mengambil kira peraturan Guinness termasuk merakam percubaannya itu dalam lima sisi berbeza.

“Guinness menawarkan untuk menghantar pegawainya untuk melihat saya melakukan lompatan balik kuang, namun saya perlu membayar kos perjalanan dan penginapan mereka.

“Memandangkan saya tidak mampu berbuat begitu, saya mematuhi garis panduan yang dihantar kepada saya,” katanya.

Collins berkata, bukti rakaman itu telah dihantar kepada organisasi tersebut dan dia akan mendapat maklum balas dalam tempoh 12 minggu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI