fbpx

Lee Ji-hoon tampil berani bersihkan nama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE JI-HOON

TIDAK seperti kebanyakan resam artis lain yang mengambil pendekatan berdiam diri selepas nama terpalit kontroversi, aktor Lee Ji-hoon bertindak sebaliknya apabila berani menyuarakan kebenaran.

Baru-baru ini, dia terlibat dalam kontroversi drama Sponsor apabila dikatakan menjadi punca penulis naskhah berkenaan digantikan dengan orang lain kerana masalah yang dicetuskannya.

Semuanya berlaku gara-gara staf produksi membuat aduan kerana kenalan yang dibawa Ji-hoon ke set penggambaran didakwa menimbulkan masalah.

Pun begitu, Ji-hoon tampil berani dengan menegakkan kebenaran kerana enggan namanya dibusukkan dengan laporan berita tidak betul.

Apatah lagi dengan tindakan penulis berkenaan yang mendakwa dia mempunyai kuasa dan pengaruh untuk menyingkirkan lelaki itu daripada drama tesebut.

“Kenalan yang datang pada waktu itu adalah peminat saya yang menghantar makanan kepada staf. Kedua, khabar angin melampau mengatakan saya membuka pakaian dan cetuskan masalah adalah tidak betul. Di mana sahaja saya tukar pakaian, ada staf yang tolong bantu.

“Paling penting, saya tiada pengaruh besar sampaikan boleh singkir seseorang begitu sahaja daripada projek. Selepas melihat semua laporan, saya rasa kecewa dan sedih. Kenapa perkara yang saya tak buat disebarkan kepada umum?” luahnya.

Pun begitu, aktor itu tetap meminta maaf andainya kejadian tersebut menimbulkan masalah dan berjanji akan lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI