fbpx

94.9 peratus populasi dewasa lengkap dua dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 22,214,024 individu atau 94.9 peratus kadar populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima dos vaksin Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) di laman CovidNow, sebanyak 22,819,122 individu atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sejumlah 108,821 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam.

Ia melibatkan 44,084 suntikan dos kedua, 6,342 dos pertama dan 58,395 pula menerima suntikan dos penggalak.

Pemberian dos tersebut menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,527,937.

Dalam pada itu, sebanyak 2,390,929 atau 76 peratus individu bagi golongan remaja berumur 12 hingga 17 tahun lengkap divaksin manakala 2,719,497 individu atau 86.4 peratus lagi sudah menerima satu dos vaksin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI