fbpx

Ta Win beli tanah RM35 juta di West Port

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tieng Ung (lima dari kanan) pada majlis pecah tanah kilang baharu di Pelabuhan Klang.

PETALING JAYA – Ta Win Holdings Bhd. (Ta Win) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Ta Win Innotech Sdn. Bhd. memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan BRB Properties Sdn. Bhd. untuk pengambilalihan tanah perindustrian berstatus pajakan bersama bangunan kilang di West Port, Pelabuhan Klang pada penilaian RM35 juta.

Harga pasaran tanah berkeluasan 1.6 hektar itu dinilaikan pada RM33.5 juta.

Melalui jumlah luas binaan 150,000 kaki persegi (14,000 meter persegi), cadangan pemerolehan tersebut, akan membolehkan Ta Win menggandakan jumlah kapasiti pengeluarannya sebanyak tiga kali ganda dalam tempoh jangka sederhana hingga panjang bagi memenuhi permintaan untuk rod dan wayar tembaga.

Tanah tersebut yang terletak di lokasi strategik berdekatan Pelabuhan Klang juga bakal meningkatkan kecekapan logistik dan mengoptimumkan kos.

Pengarah Urusan Kumpulan Ta Win, Datuk Seri Ngu Tieng Ung berkata, permintaan kukuh untuk kenderaan elektrik dijangka terus diterjemahkan kepada permintaan tinggi untuk produk tembaga.

“Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat ini, Ta Win merancang untuk menubuhkan tiga loji penyinaran elektron rasuk di Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang, dengan loji pertama akan dibina di kemudahan pembuatan sedia ada di Melaka.

“Kami telah memutuskan untuk menempatkan semula pembuatan rod tembaga dan perniagaan wayar dari premis sedia ada ke lokasi baharu di Pelabuhan Klang.

“Ia membolehkan kami menggunakan sepenuhnya kemudahan di Melaka untuk pengembangan perniagaan penyelesaian isyarat dan kuasa, melibatkan pembuatan sistem pengagihan kuasa dan isyarat, kabel tegangan tinggi, kabel bateri dan komponen automotif lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI