fbpx

Kerajaan gagal lucut hak barangan berharga Najib, Rosmah, 3 anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

KUALA LUMPUR –  Kerajaan gagal dalam permohonannya untuk melucut hak barangan berharga milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, tiga anak mereka dan beberapa pihak lain yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas menolak permohonan kerajaan selaku pemohon selain mengambil kira hujahan daripada kedua-dua belah pihak secara bertulis yang telah dihantar sebelum ini.

Pada 8 Mei 2019, kerajaan selaku pemohon memfailkan notis pelucuthakan berhubung beratus-ratus item termasuk beg tangan berjenama dan 27 kenderaan yang dirampas daripada Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta tiga anak pasangan itu, 13 individu dan syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Selain itu, wang berjumlah lebih RM18 juta dalam beberapa akaun Bank Islam Malaysia Bhd, Al-Rajhi Bank Bhd, Malayan Banking Bhd, CIMB Bank Bhd, RHB Bank Bhd, Public Bank Bhd, AmBank Bhd serta Hong Leong Bank Bhd turut dibekukan antara 16 Ogos 2018 dan 11 Mac 2019.

Permohonan itu menamakan Najib, Rosmah, Riza Shahriz Abdul Aziz, Nor Ashman Razak Mohd Najib, Nooryana Najwa Mohd Najib, Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe (ibu kepada Low Taek Jho atau Jho Low), bekas pegawai Goldman Sachs Roger Ng dan isterinya, Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden pertama hingga ke-18.K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI