fbpx

Hujan, ribut petir hampir semua negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal kebanyakan kawasan di seluruh negara mengalami hujan lebat serta ribut petir hari ini.

“Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda hampir kesemua negeri di Semenanjung terutamanya sekitar kawasan pendalaman Kedah, Perak, Kelantan, Pahang dan Johor.

“Cuaca buruk yang sama turut diramal berlaku di pendalaman dan kawasan sekitar barat Sabah,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, MetMalaysia turut malaporkan hampir kesemua kawasan di Sarawak akan mengalami hujan lebat dan ribut petir.

“Cuaca buruk ini dijangka berlaku bermula lewat petang sehingga lewat malam hari ini,” katanya lagi.

MetMalaysia juga menasihati orang ramai agar terus mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan semasa cuaca negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI