fbpx

Covid-19 boleh melonjak walau dalam fasa endemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Peningkatan kes jangkitan harian Covid-19 mungkin melonjak tinggi walaupun negara telah beralih kepada fasa endemik tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, bagi menghadapi situasi tersebut, Kementerian Kesihatan (KKM) kini dalam proses membuat beberapa persediaan bagi memastikan bilangan kes yang memerlukan kemasukan ke hospital dan kematian disebabkan Covid-19 lebih terkawal.

“Bagi pemantauan mudah dilakukan oleh masyarakat, tiga indikator telah ditetapkan iaitu kadar transmisi Covid-19 membabitkan penularan dalam komuniti yang diukur menggunakan kadar insiden purata tujuh hari kes serta kadar insiden kurang daripada 3.6 per 100,000 penduduk.

“Kementerian juga meneliti pengendalian kes mengikut tahap keterukan kes Covid-19 yang diukur menggunakan kadar kematian purata tujuh hari dengan nilai 0.8 peratus dan kurang,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Kelvin Yi Lee Wuen (Bandar Kuching- PH) yang ingin tahu mengenai transisi daripada pendekatan pandemik ke endemik dan parameter digunakan bagi menilai kesediaan kerajaan untuk transisi secara selamat dan lestari.

Tambah Dr. Noor Azmi, bagi indikator ketiga adalah melihat kapasiti hospital untuk respon iaitu kadar kemasukan ke hospital purata tujuh hari pesakit kategori tiga, empat dan lima kurang daripada seorang per 100,000 penduduk sehari. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI