fbpx

TFC hanya ingin kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TFC berjaya melakar kemenangan dalam kesemua empat aksi sebelum ini dan bersedia untuk mengekalkan rekod bersih tersebut dalam saingan kumpulan. – FB TERENGGANU FC

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

TIKET ke suku akhir yang sudah ditempah awal tidak mampu menahan keinginan Terengganu FC (TFC) untuk meneruskan momentum kemenangan pada aksi bertemu Selangor dalam aksi Piala Malaysia malam ini.

Ketua jurulatih Sang Penyu,­ Nafuzi Zain berkata, TFC sebaliknya berazam untuk mengekalkan rekod kemena­ngan 100 peratus menuju ke sai­ngan kalah mati kelak.

Beliau berkata, aksi kelima di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya itu juga masih penting kerana bakal menjadi penentuan status juara dan naib juara Kumpulan B.

“Pada saya, sasaran terbaik ialah menang baki dua perlawanan peringkat kumpulan sekali gus mengutip enam mata maksimum bertemu Selangor dan Kuching City.

“Walaupun sudah layak ke suku akhir, tiada istilah ambil mudah kerana pastinya kami mahu mengalahkan Selangor di hadapan penyokong tegar mereka,”­ katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Dalam pada itu, Nafuzi memberitahu, enggan tergesa-gesa menurunkan tonggak skuad muda negara yang baru selesai tugasan Kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia, minggu lalu.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan bek kanan, Azam Azmi Murad; pemain tengah, Nik Akif Syahiran Nik Mat; pemain sayap, Hakimi Abdullah dan bek kiri, Hairiey Hakim Mamat akan direhatkan dalam pertemuan dengan Selangor kelak.

“Saya percaya barisan pemain tempatan dan import sedia ada mampu mengisi posisi ditinggalkan dan mampu me­nunjukkan prestasi cemerlang setiap kali diturunkan.

“Mereka telah memberikan komitmen 100 peratus setiap kali diturunkan sehingga menyebabkan saya berada dilema untuk memilih kesebelasan utama­ pada perlawanan itu nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI