fbpx

Tudung Fazura ‘licin’ dalam masa 45 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazura bersyukur koleksi tudung terbaharunya habis dijual tidak sampai sejam dilancarkan.

PETALING JAYA – “Sold in (habis terjual) dalam masa 45 minit. Masha-Allah Tabarakallah. Terima kasih kesayangan semua!”.

Demikian kata pelakon Nur Fazura, 38, selepas koleksi tudung yang baru dilancarkan habis terjual ‘sekelip mata’, hanya dalam masa 45 minit.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Fazura melahirkan rasa syukur dan gembira apabila memaklumkan koleksi tudung bawah jenamanya yang baru dilancarkan habis diborong peminat hanya dalam masa kurang daripada satu jam.

Disebabkan itu juga, terdapat segelintir peminat pelakon filem Pisau Cukur itu melahirkan rasa kecewa kerana gagal membeli koleksi tudung pelakon tersebut yang laris ibarat ‘pisang goreng panas’.

“Baru saja nak beli, semuanya dah licin (habis),” komen seorang pengikutnya dalam Instagram.

Berdasarkan tinjauan Kosmo!, tudung pelbagai corak yang dijual oleh isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu laris kerana dijual pada harga berpatutan iaitu serendah RM27 sehelai.

Sebelum ini, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu turut pernah mencipta rekod peribadi apabila berjaya menjual tudungnya sebanyak 80,000 helai hanya dalam masa dua jam dengan anggaran nilai jualan mencecah RM2.16 juta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI