fbpx

Neelofa tempah makanan, netizen yang teruja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan perbualan Neelofa dan seorang peniaga makanan yang menuai perhatian ramai.

JIKA sudah namanya Neelofa, buatlah apa sahaja pasti akan menuai perhatian ramai.

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang peniaga memuat naik tangkap layar perbualan WhatsAppnya dengan Neelofa.

Bukan berbual kosong, Neelofa bukan sahaja menempah makanan tetapi turut mendoakan kejayaan bisnes individu tersebut.

Namun, tidak sangka pula video tersebut mendapat perhatian sehingga ada yang teruja menontonnya.

“Aku pula yang teruja dan gembira sebab artis chat dengan dia (peniaga),” komen seorang netizen.

“Beruntungnya awak. Neelofa memang seorang yang merendah diri tau,” puji seorang lagi pengguna TikTok.

Kini, video tempahan makanan oleh Neelofa tersebut sudah mendapat lebih 400,000 tontonan. Hebat betul penangan bakal ibu itu ya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI