fbpx

Dira antara 28 calon BN di PRN Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dira salah seorang daripada 28 calon BN di PRN Melaka.

PETALING JAYA – Pelakon serta pengacara, Khaidirah Abu Zahar atau Dira telah sah dinamakan sebagai antara calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Pengarah PRN BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Khaidirah merupakan salah seorang daripada 28 calon yang telah dinamakan setelah mendapat persetujuan pemimpin parti yang lain.

“Seramai 20 orang calon daripada UMNO, tujuh calon daripada MCA dan kekal seorang calon daripada MIC.

“Saya juga sahkan sekali lagi bahawa BN akan bergerak solo dalam PRN kali ini,” jelasnya dalam sidang akhbar sebentar tadi. K! ONLINE.

Berita lanjut menyusul

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI