fbpx

Polis terima 29 laporan individu tolak vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahim (kanan) turut membantu membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Islam Kolam, Kampung Sering hari ini.

KOTA BHARU – Polis daerah ini menerima sebanyak 29 laporan daripada orang awam berhubung individu yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, maklumat itu diterima daripada pelbagai golongan masyarakat dan latar belakang penduduk di daerah ini.

“Kesemua kes tersebut sudah dirujuk kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua agar segera menerima suntikan vaksin Covid-19 demi kebaikan bersama,” katanya ketika ditemui selepas hadir Program Cuci Kubur di Tanah Perkuburan Islam Kolam, Kampung Sering di sini hari ini.

Program anjuran Kelab Peminat Eddie Hamid (EHFC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan syarikat perumahan, Marshah Holding Sdn. Bhd. itu disertai kira-kira 120 peserta.

Sementara itu, Penasihat EHFC, Datuk Zulkarnain Othman berkata, semua peserta bersepakat bergotong-royong membersih tiga buah tanah perkuburan di Kampung Sering.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI