fbpx

Selama larang jual minuman keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Akmal

SELAMA – Mulai tahun hadapan, tiada lagi jualan minuman keras secara runcit dibenarkan pada mana-mana premis perniagaan di Selama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, perkata itu telah diputuskan oleh Majlis Daerah Selama (MDS) selaku pihak pentadbiran tempatan.

Menurut beliau, langkah itu juga hasil muafakat semua pihak khususnya masyarakat setempat yang mahukan tindakan sedemikian diambil.

“Melalui Ahli Majlis MDS dan di bawah kepimpinan Yang DiPertua Majlis, Nor Akmal, kesemua para peniaga di daerah ini yang terlibat dengan penjualan minuman keras telah bersetuju.

“Mulai Januari 2022 tiada lagi perniagaan menjual arak secara terbuka di kesemua premis perniagaan dalam DUN Selama,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebook beliau.

Mohd. Akmal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Sains dan Alam Sekitar negeri memberitahu, keputusan tersebut disambut baik masyarakat setempat.

Selama mempunyai kira-kira 45,000 penduduk dengan 90 peratus majoritinya orang-orang Melayu.

Perak mempunyai 14 buah pihak berkuasa tempatan (PBT) melibatkan 12 daerah dan daripada jumlah tersebut, satu berstatus PBT bandaraya, perbandaran (empat) dan selebihnya daerah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI