fbpx

‘Prebet Sapu’ wakili filem Malaysia ke Oscar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEMBANGGAKAN.. filem Prebet Sapu terpilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik (Best International Feature Film) di Anugerah Akademi (Oscars) ke-94 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

PETALING JAYA – Filem berjudul Prebet Sapu arahan pengarah Muzzamer Rahman melakar sejarah tersendiri apabila terpilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik (Best International Feature Film) di Anugerah Akademi (Oscars) ke-94 yang dijangka berlangsung pada 27 Mac 2022 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Pemilihan filem terbitan syarikat produksi Le Mediator Studio, Kristal Azmir Sdn. Bhd. dan Konda Kondi Studio itu dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem Finas yang terdiri daripada penggiat industri filem tempatan bertaraf profesional dan berpengalaman melalui proses penilaian terperinci.

Merujuk kenyataan media yang dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), penilaian kriteria perfileman yang dinilai adalah seperti pengarahan, penceritaan, sinematografi, lakon layar, lakonan, adunan bunyi, skor muzik, penataan seni dan suntingan filem.

Pengarahnya, Muzzamer berkata, dia sudah mengkaji calon filem dari negara lain untuk kategori tersebut dan berharap Prebet Sapu berupaya memikat hati juri nanti.

“Saya sangat gembira dapat mewakili Malaysia walapun cuma pencalonan awal. Lebih-lebih lagi apabila filem ini dihasilkan oleh barisan kru tempatan dengan bajet rendah.

“Kalau berjaya disenarai pendek nanti, saya anggap itu tuah sebagai pengarah baharu. Jika termakbul pasti kejayaan itu suatu kebanggan besar buat semua,” ujarnya.

Prebet Sapu atau judul dalam bahasa Inggeris Hail, Driver! Merupakan filem pertama arahan Muzzamer dan disokong dengan semangat dan kerjasama kru penggambaran yang juga terdiri daripada mereka yang masih baharu dalam industri.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM500,000 itu diterajui oleh pelakon Amerul Affendi, Mei Fen Lim, Bront Palare, Sharifah Amani, Nam Ron, Nadiya Nissa, Chew Kin Wah, Jay Iswazir, Anas Ridzuan dan Roslan Madun.

Prebet Sapu bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 16 Disember 2021 nanti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI