fbpx

Malaysia sumbang bantuan untuk kanak-kanak Covid-19 di Brunei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Reza Raja Zaib Shah (tiga dari kanan barisan depan) memberi sumbangan kepada Mohd. Rahimin Ismail di Temburong, Brunei semalam. – IHSAN BRUNEI PRESS

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia menyampaikan sumbangan bantuan berupa makanan asasi dan barangan keperluan khusus kanak-kanak yang menjadi pesakit Covid-19 di Brunei.

Ia diserahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah kepada Komander Pusat Pengasingan, Leftenan Kolonel (Udara) Mohd. Rahimin Ismail semalam.

Pusat kuarantin untuk pesakit cilik itu terletak di Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara, Batu Apoi, Daerah Temburong, kira-kira 55 kilometer dari ibu kota, Bandar Seri Begawan.

Antara barangan disumbangkan itu ialah biskut, susu, makanan kering dan lampin sebagai sokongan kepada Kementerian Kesihatan Brunei bagi mengekang penularan Covid-19.

Kem itu dikendalikan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan dengan dibantu Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Polis Diraja Brunei untuk pesakit tahap 1 dan 2A yang stabil.

Media tempatan negara tersebut berkata, sebelum ini, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei pernah menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan pelbagai agensi awam.

Ini termasuk kakitangan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) di Bandar Seri Begawan, Pusat Pengasingan Kebangsaan di Tutong dan Pos Kawalan di Sungai Tujoh.

Raja Reza menjelaskan bahawa staf Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei amat menghargai sumbangan petugas barisan hadapan yang berbakti sepanjang masa di pusat kuarantin itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI