fbpx

Polis potong bekalan elektrik premis judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil tindakan memotong bekalan elektrik di dua buah premis perjudian yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, tindakan itu dilakukan pukul 3 petang tadi susulan serbuan oleh Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur 18 Oktober lalu.

Katanya, pemotongan bekalan elektrik dilakukan mengikut kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289).

“Mana-mana premis yang telah diputuskan bekalan tenaga eletrik, bekalan eletrik tidak boleh disambungkan kepada premis itu oleh pihak pembekal atau pemegang lesen tanpa kebenaran bertulis dari Ketua Polis Daerah Cheras.

“Pihak Polis Kuala Lumpur memberi amaran keras agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kegiatan yang melanggari undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, pada 18 Oktober lalu, polis telah membuat serbuan di dua premis perjudian di Bandar Sri Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur dan hasil serbuan ke atas kedua-dua premis tersebut, seramai lapan orang termasuk dua warganegara berusia 26 hingga 29 tahun dipercayai penjaga premis ditahan.

Menurutnya, empat lagi individu bukan warganegara dipercayai pekerja atau pembantu premis berusia di antara 23 hingga 42 tahun turut ditahan bersama dua orang pelanggan berusia 38 hingga 58 tahun kerana bermain judi secara dalam talian dengan menggunakan komputer riba.

“Hasil dari serbuan tersebut, pihak polis telah berjaya merampas 32 buah komputer riba pelbagai jenama, 32 buah tetikus, satu papan kekunci komputer, tiga unit modem, satu unit televisyen litar tertutup (CCTV) dan wang tunai RM904.00.

“Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI