fbpx

‘Penghijrahan’ penuh amanah Aaron Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON AZIZ

SEJAK beberapa tahun lalu, pelakon Datuk Aaron Aziz mula menunjukkan titik penghijrahan dalam dirinya.

Ujar Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz, 45, dia tidak pernah lupa memanjatkan kesyukuran atas setiap apa yang dilalui dalam hidupnya sehingga ke hari ini.

Malah pelakon yang pernah membintangi filem KL Gangster itu berhasrat untuk terus berusaha menjadi orang yang lebih baik. Apa yang pasti, setiap proses dalam kehidupannya juga mempunyai matlamat.

“Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmah. Pada usia sekarang, saya sudah melalui beberapa peringkat fasa kehidupan.

“Sebagai manusia, setiap keputusan yang dibuat dalam hidup bukan sekadar membawa kita ke arah kebaikan, tetapi juga memberi manfaat kepada mereka yang ada di sekeliling,” ujarnya.

Atas dasar itu, Aaron kini mencuba bidang baharu dengan menceburi perniagaan.

Matlamatnya bukan hanya untuk menampung diri sendiri dan keluarga, tetapi juga membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Persediaan

Sebagai ketua keluarga, aktor itu tidak menolak pandemik yang melanda seluruh dunia hari ini banyak mengajarnya untuk sentiasa bersedia dengan apa juga kemungkinan.

Sama seperti rakan pelakon lain, Aaron ketika ini tidak sekadar mengharapkan pendapatan daripada bidang seni sahaja sebagai mata pencarian.

Sebaliknya, dia mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan sejak beberapa tahun lalu.

MENGHAMPIRI usia 50 tahun, Aaron mengakui dia kini semakin berusaha menjadi manusia yang lebih baik.

Atas niat murni tersebut, Aaron kini berusaha memastikan produk keluarannya iaitu wangian The Oud by Aaron Aziz mendapat tempat di hati peminat, sekali gus membantu melonjakkan jualan.

“Kita tahu bagaimana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak memberi kesan kepada masyarakat terutamanya dari segi ekonomi. Saya sendiri melalui perkara sama. Mujur pada waktu itu, produk berkenaan sudah berada di pasaran dan kami menggunakan peluang membuat jualan secara dalam talian.

“Siapa sangka formulasi tersebut menjadi. Alhamdulillah, produk ini menjadi pilihan ramai,” katanya.

Katanya, melalui jenama tersebut, dia membuka peluang kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan, tetapi tidak mempunyai modal banyak boleh berbuat demikian.

“The Oud by Aaron Aziz bukan sekadar perniagaan, tetapi amanah untuk saya,” katanya.

“Pastinya pelakon mahu pun penyanyi akan sentiasa menjadi contoh. Kalau mampu mewujudkan lebih banyak kesedaran, saya anggap semua ini sebagai sesuatu yang baik,” katanya menutup bicara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI