fbpx

Kes Zulfarhan jadi pengajaran kepada UPNM, ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin (dua dari kanan) semasa melawat keluarga Allahyarham Zulfarhan pada tahun 2017.

PETALING JAYA – Seluruh warga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu menjadikan kes kematian Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain sebagai pengajaran.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kes itu menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua terutama warga UPNM dan ATM supaya tidak mengulangi perbuatan keji itu.

“Semalam keadilan ditegakkan yang mana pesalah telah dijatuhi hukuman. Ini pengajaran dan peringatan buat semua terutama warga UPNM dan ATM supaya tidak ulangi perbuatan keji ini.

“Saya tidak akan sesekali berkompromi dalam soal jenayah dan kezaliman,” katanya dalam satu kenyataan yang di muat naik di akaun Facebook beliau hari ini.

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut UPNM selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat terhadap Zulfarhan empat tahun lalu.

Mereka terdiri daripada Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali.

Terdahulu, Hishammuddin berkata, kematian Allahyarham Zulfarhan amat mendukacitakan dan beliau sebagai Menteri Pertahanan ketika itu mengarahkan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) segera menggantung pengajian 32 pegawai kadet yang terlibat dalam kes itu.

Menurutnya, beliau turut mengarahkan sistem latihan dan pengurusan pelatih di ALK dinilai semula selain memberi jaminan tiada siapa akan dilindungi dan terlepas daripada undang-undang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI