fbpx

Kes sembuh lebih rendah daripada kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 4,947 kes sembuh dilaporkan hari ini sekali gus rendah daripada kes harian, menjadikan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,390,379 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan harian pula merekodkan sebanyak 5,291 kes termasuk tujuh kes import, dengan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,486,630 kes.

“Daripada jumlah kes harian hari ini, sebanyak 75 kes (1.4 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 5,216 kes (98.6 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat 545 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi  (ICU) dan 286 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujar beliau lagi,  terdapat tujuh kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada tiga kluster tempat kerja serta masing-masing satu kluster pusat tahanan, komuniti, keagamaan dan institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI