fbpx

Juventus kembali temui rentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DYBALA (kanan) meledak dua gol ketika membantu Juventus mencatat kemenangan ke atas Zenit awal pagi tadi. - AFP

TURIN – Juventus mengesahkan tempat ke pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara selepas menewaskan Zenit St. Petersburg 4-2 dalam aksi Kumpulan H di Stadium Allianz awal pagi tadi.

Dua gol menerusi Paulo Dybala serta masing-masing satu gol jaringan Federico Chiesa dan Alvaro Morata sudah cukup untuk memastikan skuad kendalian Massimiliano Allegri itu melangkah ke pusingan seterusnya.

Sementara itu, pasukan pelawat mendapat dua gol saguhati hasil jaringan sendiri pemain pertahanan, Leonardo Bonucci serta gol menerusi penyerang antarabangsa Iran, Sardar Azmoun.

“Pasukan ini sentiasa menunjukkan kemahuan tinggi dalam setiap perlawanan, itu tidak boleh dinafikan. Saya gembira kerana pasukan ini sedang berkembang dari segi teknik dan corak permainan.

“Apa yang paling penting sekarang adalah kami berjaya capai sasaran pertama musim ini, iaitu untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara lebih awal,” kata Allegri.

Dalam pada itu, beliau percaya kemenangan tersebut sedikit sebanyak memberi suntikan semangat buat pemain-pemain The Old Lady selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam saingan Serie A sebelum ini.

“Kami bekerja keras selepas dua aksi mengecewakan sebelum ini. Kemenangan ini pastinya memberi sedikit kelegaan dan saya akan berikan rehat sehari kepada semua pemain sebagai hadiah kemenangan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI