fbpx

Dua maut kemalangan empat buah kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua maut dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di km 59 Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini hari ini.

PEKAN – Gara-gara sebuah pacuan empat roda yang dipercayai terbabas ke laluan bertentangan menyebabkan dua individu maut dalam kejadian kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer (km) 59 Jalan Kuantan-Segamat, di sini hari ini.

Mangsa yang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah pacuan empat roda, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan dua buah kereta itu ialah penumpang kenderaan jenis Perodua Aruz, Nur Alya Fakhira Ariffen,18, dan pemandu kereta jenis Honda City, Mohd. Said Husen,67.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 2.10 petang itu dipercayai berlaku selepas sebuah pacuan empat roda yang dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Segamat terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

“Kenderaan jenis Toyota Hilux berkenaan kemudiannya bergesel dengan sebuah MPV jenis Perodua Aruz yang datang dari arah hadapan menyebabkan MPV berkenaan terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta jenis Honda City dan Nissan Almeera yang datang dari arah Kuantan menghala ke Segamat.

Mangsa yang tersepit dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan.

 

“Akibat kejadian penumpang kenderaan jenis Perodua Aruz dan pemandu kereta jenis Honda City meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang Perodua Aruz serta Nissan Almeera cedera ringan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berkenaan tidak mengalami kecederaan.

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI