fbpx

Saharul Ridzwan rancang tunai haji tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saharul berpendapat hayatnya sebagai hero drama tidak akan kekal lama dan giat melakukan persediaan sebagai jaminan masa depan dengan melebarkan perniagaannya.

PETALING JAYA – Selepas mengikuti kumpulan Jemaah tabligh dan dilihat semakin mendekatkan diri dengan Allah, pelakon popular Saharul Ridzwan merancang untuk menunaikan ibadah haji ada tahun depan.

Menurut Saharul atau nama lengkapnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 33, menunaikan rukun Islam kelima itu merupakan impian terbesarnya.

“Insya-Allah perancangan tahun depan lebih kepada luar lakonan. Terdapat beberapa perkara yang perlu saya selesaikan dahulu, salah satunya yang paling besar sekali bagi saya pada tahun depan adalah untuk menunaikan haji,” kata Saharul.

Pendedahan tersebut dibuat Saharul ketika sesi sidang akhbar drama Mr Bibik yang berlangsung secara virtual sebentar tadi.

Dalam pada itu, Saharul yang sudah lapan tahun bergelar seorang pelakon sedar bahawa jangka hayatnya sebagai hero drama tidak akan kekal lama.

Selain kemunculan ramai pelakon baharu, faktor usianya juga bakal menjadi kekangan untuknya kekal diposisi hero.

“Jangka hayat seorang hero memang tidak akan lama. Sekarang saya sudah berusia 33 tahun berapa tahun sahaja lagi saya boleh memegang watak hero. Usia tidak akan menunggu saya, nanti muka juga berubah.

“Hakikatnya, watak hero di Malaysia memang ada hadnya. Tiada orang tua jadi hero di Malaysia,” ujar Saharul jujur.

Sedar akan hakikat tersebut, pelakon yang popular dengan drama Love You Mr. Arrogant itu sedang giat melakukan persediaan sebagai jaminan masa depan dengan melebarkan empayar perniagaannya.

Sehubungan itu, Saharul bakal membuka sebuah perniagaan francais yang akan diusahakan bersama pengacara dan pelawak popular Nabil Ahmad.

“Banyak peluang perniagaan yang datang. Saya akan membuat perniagaan francais bersama dengan Nabil Ahmad, kami akan membuka sebuah kedai burger di Damansara, Selangor tahun depan,” kongsi Saharul.

Sementara itu dalam drama Mr Bibik lakonannya bersama pelakon Zara Zya dan Raja Afiq telah mula ditayangkan pada 29 Oktober lalu setiap Isnin sehingga Jumaat pada pukul 7 malam di slot Akasia, TV3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI