fbpx

Patutlah Cik B tak suka – Netizen tegur Iqbal pijak duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI biadab Iqbal yang memijak wang kertas dalam sebuah video TikTok mengundang kecaman ramai.

PETALING JAYA – Selepas single pertamanya berjudul Hujan menerima kecaman ramai, usahawan Ahmad Iqbal Zulkelfi sekali lagi menuai perhatian ramai apabila dilihat memijak puluhan wang kertas bernilai RM50 baru-baru ini.

Perkara tersebut tercetus selepas penyanyi, Ariff Bahran berkongsi sebuah video TikTok memaparkan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida itu berada di sebuah lokasi yang memperlihatkan taburan wang kertas RM50 di atas lantai.

“Ya Allah, banyaknya berterabur ini. Iqbal, kutip semula duit kau.

“Banyaknya, dipijak-pijaknya duit,” tegur Ariff kepada Iqbal dalam video tersebut.

Bagaimanapun, Iqbal tidak membalas perbualan tersebut dan hanya terus menyeret serta memijak kepingan wang kertas.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kepingan wang kertas tersebut asli ataupun palsu.

Aksi tersebut lantas mendapat perhatian dan teguran ramai yang menyifatkan Iqbal tidak menghormati rezeki.

“Dipijaknya rezeki itu. Ingat ya, yang beri rezeki itu ialah Allah SWT. Bila-bila masa sahaja Dia boleh tarik,” tegur seorang netizen.

Selain netizen, aktor Aeril Zafrel turut meninggalkan komen sinis mengenai aksi memijak duit tersebut.

“Aku duit 10 sen pun tak berani nak langkah,” tulisnya.

Dalam pada itu, terdapat juga pengguna TikTok yang berpendapat kerana sikap tersebutlah, anak sulung Vida iaitu Cik B tidak menyukainya.

“Patutlah Cik B tak suka.

“Bersyukur Cik B tak merestui,” komen netizen.

Untuk rekod, semalam Iqbal membuktikan keseriusannya terjun dalam bidang nyanyian dengan melancarkan single pertama berjudul Hujan.

Lagu Hujan mendapat sentuhan komposer penyanyi Oja dan dua orang anggota Floor88 iaitu Zai Hamzah dan Achoi sementara lirik daripada Iqbal sendiri, Zai dan Achoi.

Sementara itu, video muzik Hujan pula arahan Eric Fuzi Floor88 dan diterbitkan oleh Rusa Music.

Sebelum ini, penyanyi berusia 27 tahun itu pernah menerima kecaman hebat apabila hubungan cintanya bersama Vida terputus di tengah jalan susulan beberapa faktor seperti tidak mendapat restu anak dan dakwaan disihir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI