fbpx

Lelaki 74 tahun cabul cucu tiri diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli

KLANG – Perbuatan seorang lelaki warga emas dipercayai mencabul cucu tirinya membawa padah selepas dia ditahan di rumahnya di Pelabuhan Klang, semalam.

Suspek berusia 74 tahun itu ditangkap pada pukul 2.15 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 1.30 tengah hari pada Mac 2020 di rumah suspek.

Suspek yang baru bernikah dengan nenek mangsa dikatakan meraba dan memeluk mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun.

“Kanak-kanak perempuan turut diugut supaya tidak menceritakan kejadian tersebut kepada sesiapa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Shamsul Amar, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan direman selama tiga hari sehingga Khamis ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSK) 2017. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI