fbpx

21 lokasi di Bagan Datuk berdepan fenomena air pasang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BAGAN DATUK – Sebanyak 21 lokasi di daerah ini berisiko berlaku banjir kilat akibat fenomena air pasang besar yang dijangka mulai esok hingga 8 November ini.

Antaranya mukim Bagan Datuk, tujuh kawasan di mukim Hutan Melintang, tiga kawasan di mukim Teluk Bharu dan empat kawasan di mukim Rungkup.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bagan Datuk, Kapten (PA) Mohd. Zaidi Ahmad berkata, ia berdasarkan data bacaan air yang dikeluarkan Jabatan Laut Malaysia.

Menurut beliau, paras air tertinggi ialah 3.4 meter pada Jumaat dan Sabtu ini yang berisiko melimpah ke kawasan penduduk jika turut disusuli hujan lebat berterusan.

“Paras air boleh menjadi lebih tinggi jika hujan lebat berterusan dan paras air ini akan menyebabkan limpahan ke kawasan pesisiran pantai.

“Jika ini berlaku air akan naik dalam tempoh dua hingga tiga jam sebelum surut semula,” katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, notis makluman mengenainya sudah dikeluarkan kepada penduduk di lokasi terlibat terutama yang tinggal di pesisiran pantai supaya sentiasa bersiap siaga sepanjang tempoh tersebut.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI