fbpx

Muhammad Sanusi dahului senarai penerima darjah, bintang kebesaran Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor mendahului senarai penerima darjah dan bintang kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ke-79.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (SPMK) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, Pengarah Urusan Weststar Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim pula menjadi penerima tunggal Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK) yang turut membawa gelaran Datuk Seri.

Kata beliau, Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK) pula dikurniakan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Asri Hamidin yang membawa gelaran Datuk Wira.

“Manakala Darjah Dato’ Setia Pahlawan Negeri Kedah Yang Amat Dihormati (DSPK) diterima Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Mohammad Abd. Rahman serta Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Wilayah 2, Laksamana Muda Rusli Ahmad yang membawa gelaran Datuk Pahlawan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI