fbpx

Geng Ashmer menyamar rider ragut rantai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eng Lai (dua kanan) menunjukkan peralatan yang dirampas dari geng berkenaan ketika sidang akhbar di IPD Sentul, dekat sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Menyamar sebagai penghantar Grabfood sebelum meragut rantai emas yang dipakai mangsa tidak kira sama ada mangsa itu lelaki atau wanita.

Salah seorang suspek akan bertindak menjaga ‘line’ untuk memastikan suasana lancar manakala seorang lagi akan meragut rantai leher mangsa.

Itulah taktik yang digunakan ahli kumpulan Geng Ashmer untuk mendapat habuan, namun kegiatan mereka kecundangan dengan penahanan empat individu yang berusia 25 hingga 51 tahun.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, penahanan kesemua lelaki tempatan termasuk ketua geng berusia 25 tahun itu dilakukan menerusi tiga serbuan berasingan di Sentul, Wangsa Maju dan Gombak bermula 23 hingga 28 Oktober lalu.

“Menerusi hasil serbuan itu, polis turut merampas empat buah motosikal Yamaha Y15 dan 135 LC, lima topi keledar, enam buah telefon bimbit, dua buah beg Grabfood (hijau) dan 36 utas rantai leher disyaki emas dan sebuah alat penimbang.

“Kesemua rampasan barang kemas tersebut dianggarkan bernilai RM55,000 dan geng tersebut dipercayai bergiat aktif sejak lima bulan lalu,” ujarnya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, dekat sini hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati modus operandi geng tersebut akan menyamar sebagai penghantar makanan dengan menggunakan dua buah motosikal berasingan dan masing-masing akan membawa beg Grabfood.

“Hasil samun tersebut akan dijual kepada salah seorang suspek berusia 51 tahun yang beroperasi di Selayang Baru dan hasil jualan itu akan dibahagikan kepada semua ahli geng secara sama rata

“Hasil siasatan turut mendapati dua daripada suspek yang ditahan pernah bekerja sebagai penghantar makan di sekitar Lembah Klang,” ujarnya.

Jelasnya, semakan rekod lampau mendapati tiga daripada suspek mempunyai pelbagai rekod berkaitan jenayah seperti samun dan curi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI