fbpx

32 individu dikompaun RM64,000 sertai ‘private party’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara 32 individu yang dikenakan kompaun selepas menyertai ‘private party’ di sebuah banglo sekitar Bukit Damansara semalam.

KUALA LUMPUR – Seramai 32 individu dikenakan kompaun sebanyak RM64,000 selepas menyertai ‘private party’ di sebuah banglo di Bukit Damansara di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, serbuan telah dilakukan pada pukul 10 malam selepas polis menerima aduan berhubung aktiviti ‘private party’ di banglo berkenaan.

“Serbuan telah dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat polis Daerah Brickfields.

“Hasil serbuan, seramai 32 individu warga tempatan dan seorang lelaki warga asing dipercayai penjaga rumah sedang mengadakan sambutan majlis hari jadi,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kesemua 32 individu yang hadir berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an dan telah menyewa banglo berkenaan dengan harga RM1,600 sehari untuk dua hari.

“Semakan mendapati, kesemua mereka tiada rekod jenayah namun hasil ujian awal air kencing mendapati seorang lelaki dan wanita yang menyertai parti berkenaan didapati positif dadah.

“Kesemua individu yang ditahan telah diberikan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara dan SOP Majlis Keselamatan Negara sebanyak RM2,000 seorang menjadikan keseluruhan nilai kompaun sebanyak RM64,000,” jelasnya.

Amihizam turut memberitahu, pihaknya berterima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berhubung ‘private party’ berkenaan dan segala kerjasama diberikan amat dihargai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI