fbpx

Neitzel mahu penyokong lonjak semangat sang Gergasi Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEITZEL (tengah) berharap kehadiran penyokong ke stadium akan melonjakkan semangat pasukan apabila menentang Kuching City pada aksi Piala Malaysia malam ini.

KETUA jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel percaya kehadiran penyokong ke Stadium MBPJ pada aksi bertemu ­Kuching City pada aksi Piala Malaysia malam ini bakal me­lonjakkan kembali motivasi pasukan dalam usaha mengutip tiga mata berharga.

Sebagai rekod, saingan Piala Malaysia peringkat kumpulan kembali bersambung selepas lebih tiga minggu berehat bagi memberi laluan kepada kalendar bola sepak antarabangsa.

Lebih menarik, aksi kali ini bakal menyambut kembali kehadiran penyokong ke stadium buat kali pertama sejak Mei lepas setelah mendapat kelonggaran daripada kerajaan sesuai dengan Program Peralihan Negara (PPN).

Kata Neitzel, kehadiran penyokong sangat penting dalam membantu barisan pemainnya mendapat keputusan positif terutama selepas merekodkan kekalahan pada aksi terakhir bertemu Terengganu FC (TFC) sebelum ini.

“Memang mudah bagi penyokong bola sepak secara amnya berterusan menyokong apabila menyaksikan pasukan mendahului 2-0 atau 3-0. Namun, ketika pasukan sedang bergelut, pada saat itulah kami amat memerlukan penyokong.

“Justeru, saya harap penyokong yang hadir nanti dapat terus menjadi tulang belakang pasukan tidak kira keputusan perlawanan tetapi sudah tentu kami mahu hadiahkan kemenangan buat mereka nanti,” katanya.

Sementara itu, Neitzel turut mengakui tidak mempunyai masalah untuk beraksi meski­pun ketiadaan beberapa pemain muda seperti Mukhairi Ajmal, Zikri Khalili, Harith Haiqal dan Sikh Izhan Nazrel yang masih bersama skuad bawah 22 (B-22) negara di Mongolia ketika ini.

“Sudah tentu kami merindui khidmat pemain seperti Ajmal, Zikri dan Harith dalam Piala Malaysia kali ini kerana mereka merupakan pemain dalam skuad utama kami.

“Namun, saya sebenarnya gembira karena mereka telah pergi ke Mongolia dengan membawa nama Malaysia. Saya tidak akan merungut sebaliknya berbangga dengan kejayaan mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI