fbpx

RM13 bilion diperlukan bagi menangani isu air di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Mokhtar

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin memaklumkan Sabah memerlukan kira-kira RM13 bilion dalam usaha menangani isu bekalan air di negeri berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah menyatakan kos berkenaan termasuklah bagi mengganti rangkaian paip lama dan menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) yang bermasalah.

“Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) adalah satu-satunya badan utiliti air di Malaysia yang masih berstatus jabatan dan menguruskan bekalan airnya sendiri tanpa bantuan secara langsung daripada kerajaan persekutuan.

“Oleh itu, penting untuk kita menubuhkan suruhanjaya air yang secara langsung akan mendapat bantuan terus daripada kerajaan pusat untuk menampung kos perbelanjaan yang tinggi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Bung Moktar berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negeri berkenaan bakal ditubuhkan kerajaan negeri dalam usaha mengawasi perkhidmatan bekalan air serta pembetungan yang menghadapi masalah berpanjangan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI