fbpx

PH guna lambang rasmi di PRN Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pakatan Harapan (PH) hari ini memutuskan untuk menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada bulan depan menggunakan lambang gabungan tersebut.

Pengerusinya, Anwar Ibrahim berkata, ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat yang diadakan hari ini.

“Kami sebulat suara bersetuju untuk mengguna logo PH,” katanya.

Menurut Anwar pandangan daripada parti terbaru dalam gabungan itu, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) turut diambil kira.

Katanya, dengan keputusan yang dicapai hari ini semua parti digerakkan dengan hanya menonjolkan logo PH.

Terdahulu, isu lambang yang akan digunakan PH dalam PRN Melaka sebelum ini menjadi pertikaian sesetengah pihak dalam gabungan tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI