fbpx

Malaysia Fair 2021 diperluaskan di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Pejabat Penasihat Pertanian (PPP) Tokyo memperluas pelaksanaan program Malaysia Fair 2021 yang telah bermula di Mega Don Quijote Shibuya, Tokyo ke Mega Don Quijote Shin Sekai, Osaka.

MAFI menerusi satu kenyataan memaklumkan, program yang bermula hari ini hingga 31 Disember itu diadakan di Don Quijote iaitu rangkaian pasar raya diskaun terbesar dan paling popular di Jepun serta sinonim dalam kalangan pelancong asing ke negara itu.

Menurutnya, program tersebut telah dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Kennedy Jawan pada 15 September bertujuan memperkukuh jenama Malaysia serta mempromosi dan mengkomersialkan 75 unit simpanan stok (SKU) produk makanan Malaysia.

“Sebanyak 15 SKU produk usahawan bimbingan MAFI dikomersialkan terutama di bawah jenama My Kitchen setelah melalui proses saringan, percubaan eksport dan promosi.

“Turut dipromosikan adalah produk makanan daripada jenama sedia ada di Jepun seperti ADABI, Ayam Brand, Life, BOH dan Brahim’s yang telah mempunyai penggemar tetap serta sebagai tarikan orang ramai bagi mempromosi produk-produk baharu,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI