fbpx

Harus ganding bahu urus isu harga, bekalan barangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mahu persatuan-persatuan pengguna di negara ini supaya berganding bahu dalam menguruskan isu kenaikan harga dan bekalan barangan.

KPDNHEP menerusi satu kenyataan hari ini berkata, kerjasama itu amat diperlukan bagi memastikan isu kenaikan harga barangan tidak menimbulkan salah faham dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, kementerian ingin menasihati semua pihak agar mengambil sikap lebih bertanggungjawab dalam mengutarakan isu-isu yang mempunyai kepentingan kepada masyarakat dan pengguna.

“Kementerian sentiasa mengambil berat setiap isu-isu berkaitan fungsi dan tanggungjawabnya namun perlulah berlandaskan maklumat yang tepat dan sahih.

“KPDNHEP mengambil maklum laporan sebuah persatuan pengguna baru-baru ini berkenaan kenaikan harga barang seperti yang dilaporkan akhbar bertarikh 23 Oktober lalu,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, laporan berkenaan tidak merujuk kepada mana-mana lokasi atau premis dan barang keperluan yang khusus bagi membolehkan pihaknya mengambil tindakan susulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI