fbpx

4 tahun menyepi, T-Ara kini kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN T-ARA

KUMPULAN K-pop popular Korea Selatan, T-Ara bakal membuat kemunculan semula pada bulan depan, sekali gus mengubat kerinduan peminat selepas empat tahun menyepi tanpa khabar.

Memetik laporan Soompi, kumpulan tersebut kini sedang gigih mempersiapkan album terbaharu mereka untuk peminat.

Sebelum ini, T-ara memberi bayangan akan muncul dengan buah tangan terbaharu apabila memuat naik sebuah poster dalam laman sosial mereka.

Menerusi Instagram juga, keempat-empat ahli kumpulan tersebut turut dilihat berkongsi poster sama dengan kapsyen serupa yang bertulis, ‘Coming Soon’ (akan datang).

Perkongsian mereka itu disambut baik peminat seluruh negara yang sudah lama menantikan kemunculan mereka selepas sekian lama menyepi tanpa sebarang naskhah.

Dalam perkembangan lain, T-ara bakal muncul dengan empat ahli aktif mereka iaitu Ji-yeon, Hyo-min, Eun-jung dan Qrie.

Untuk rekod, ini merupakan kemunculan pertama mereka selepas album mini berjudul What’s My Name? dilancarkan pada Jun 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI