fbpx

Pui, Kuchik dicari polis kes rogol di Tumpat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuchik (kiri) dan Pui dicari.

TUMPAT – Polis sedang memburu dua lelaki bagi melengkapkan siasatan berhubung kes lampau berkait rogol remaja bawah umur dan jenayah seksual di daerah ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mohd. Razi Rosli berkata, dua individu itu adalah Mohd. Hilmy Hafizi Jusoh, 34, yang beralamat di Kampung Kutan Hilir, Wakaf Bharu dan Ku Hafizhilmi Ku Saleh, 21, dari Kampung Masjid Paloh, di sini.

Menurutnya, Mohd. Hilmy Hafizi atau dikenali sebagai Pui dipercayai terlibat dalam kes rogol remaja bawah umur pada tahun 2012 manakala Ku Hafizhilmi atau dikenali Kuchik melakukan kesalahan sama lima tahun lalu.

“Siasatan mendapati, kedua-dua individu terbabit dipercayai masih berada di daerah ini.

“Kedua-dua lelaki itu kini diburu bagi melengkapkan kertas siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan, Mohd. Hilmy didapati mempunyai dua rekod lampau berkait kes pecah rumah manakala Ku Hafizhilmi ada enam kesalahan rekod lampau berkait kes dadah dan cubaan mencuri

Orang ramai yang mengenali atau ternampak kedua-dua suspek diminta untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di talian 09-725 7222. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI