fbpx
Dr. Aman Rabu (bertali leher kuning) bersama anggota penguat kuasa kesihatan memeriksa telefon bimbit setiap pekerja sebuah restoran makanan segera ketika mengikuti Operasi Mega bagi Penguatkuasaan SOP Covid-19 & Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau di Setia Tropika, Johor Bahru hari ini. - FOTO : RAJA JAAFAR ALI

JKJN belum terima perkembangan kematian remaja selepas divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung kematian seorang remaja perempuan yang meninggal dunia beberapa hari selepas menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.

Pengarahnya, Datuk Dr. Aman Rabu berkata, setakat ini, penjelasan mengenai kematian pelajar, Noor Hayati Nabila Abdullah, 14, sudah dijelaskan apabila mangsa didapati mempunyai ketumbuhan di ovari dan anomali struktur jantung.

Katanya, pihaknya masih menunggu keputusan beberapa ujian yang dilakukan berhubung kematian melibatkan seorang remaja perempuan yang didakwa meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin di Batu Pahat pada 8 Oktober lalu.

“Tiada perkembangan terbaharu, maklumat lain sama seperti saya maklum dalam kenyataan di Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Operasi Mega Penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dan Peraturan – Peraturan Kawalan Hasil Tembakau di Setia Tropika di sini hari ini.

Dr. Aman sebelum ini dilaporkan berkata, remaja itu menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer, pada 3 Oktober sebelum ditemui meninggal dunia di ruang tamu rumah oleh ibunya pada 8 Oktober.

Katanya, sampel tisu dalam badan mangsa telah dihantar ke Pakar Perubatan Forensik Patologi di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk maklumat lanjut. -K!  ONLINE

POPULAR