fbpx

BAM lantik Rexy Timbalan Pengarah Kejurulatihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REXY harap pemain perseorangan dan beregu dapat terus memberikan fokus terbaik untuk kejohanan BATC kali ini.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) dilihat serius dalam usaha kembali menaikkan reputasi sukan badminton negara apabila melantik legenda badminton Indonesia, Rexy Mainaky sebagai Timbalan Pengarah Kejurulatihan BAM.

Bekas juara dunia menerusi acara beregu lelaki itu akan memulakan tugas secara rasmi di Akademi Badmintion Malaysia (ABM), Bukit Kiara bermula 1 Disember depan dan bakal bekerjasama dengan Pengarah Kejurulatihan, Wong Choong Hann.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menyuarakan kegembiraan atas kepulangan Rexy yang pernah membimbing skuad beregu lelaki negara bermula 2005 hingga 2012 sehingga melahirkan beregu emas, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

“Kami sangat gembira untuk mengumumkan Rexy akan kembali ke BAM dan menyertai barisan kejurulatihan skuad kebangsaan. Pelantikan beliau adalah salah satu langkah untuk memastikan persatuan terus maju ke hadapan.

“Sejak beberapa tahun lalu, kita sudah bekerja keras serta melakukan pelbagai usaha untuk mengejar kejayaan. Rexy adalah seorang jurulatih berpengalaman serta memiliki rekod yang cukup hebat,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pemenang pingat emas Sukan Olimpik 1996 itu akan diberikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) spesifik bagi memantapkan skuad beregu muda negara.

Mohamad Norza percaya dengan pengalaman yang dimiliki Rexy selain kerjasama yang bakal dijalin bersama Choong Hann mampu memastikan Malaysia kembali menjadi antara kuasa besar sukan badminton dunia.

“Beliau akan diberikan KPI spesifik bagi menghidupkan semula serta memberi suntikan motivasi buat beregu muda kita. Saya tidak sabar untuk melihat beliau memainkan peranan penting bersama Choong Hann serta barisan kejurulatihan,” ujarnya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI