fbpx

Monyet ‘serang’ flat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular memaparkan berapa beberapa ekor monyet sedang berkeliaran di salah sebuah blok di Flat Bukit, Bayan Baru di sini petang tadi.

GEORGE TOWN – Video memaparkan sekumpulan monyet sedang bermaharajalela di kawasan pekarangan luar rumah penduduk termasuk di koridor sebuah blok di flat Bukit Gedung, Bayan Baru di sini tular di media sosial petang tadi.

Video berdurasi 20 saat itu dipercayai dirakam penghuni kediaman flat lima tingkat itu yang terletak berhampiran bukit.

Difahamkan, haiwan liar tersebut bukan sahaja berkeliaran di luar kawasan perumahan tersebut malah dikatakan pernah memasuki ke dalam kediaman penghuni melalui bahagian belakang dapur.

Rata-rata netizen terutama penduduk di situ mula bimbang dengan situasi yang berlaku selepas video tersebut tular di kumpulan aplikasi sosial WhatsApp.

Pengerusi Persatuan Penduduk flat (type R) Bukit Gedung, Mohd. Farook Hassan Ali ketika dihubungi berkata, penghuni di Blok 8 dan 10 kini semakin berdepan kebimbangan dengan ancamam haiwan liar di kediaman mereka.

Menurutnya, masalah tersebut turut mendatangkan kerisauan dalam kalangan penduduk terutama berhubung aspek keselamatan kanak-kanak apabila berada di luar rumah.

“Kami minta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri membantu menyelesaikan masalah ancaman monyet yang menghantui penduduk flat ketika ini.

“Penduduk kini kembali berasa tidak selesa dengan kehadiran jumlah monyet yang semakin banyak. Kami bimbang sekiranya berlaku kejadian tidak diingini terutama serangan monyet terhadap kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI