fbpx

Borak, mengacara berbeza – Uyaina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar peringatan Uyaina berhubung isu gurauan rogol yang hangat diperkatakan sepanjang minggu ini.

TERPANGGIL memberi respons terhadap bual bicara lima selebriti lelaki tentang seronoknya main babak rogol dalam filem, kali ini Uyaina Arshad tampil berkongsi tips jadi pengacara.

Sebagai hos bertauliah, Uyaina barangkali mahu berpesan kepada pelawak Shuk Sahar dan aktor handalan Khir Rahman yang merupakan pengacara bagi program yang dikecam ramai.

“Ramai ingat nak jadi pengacara ni senang. Hakikatnya, ada beza mengacara dan borak-borak petang minum kopi dengan kawan.

“Sebab tu pengacara perlu peka dan ‘sensitif’ apabila bertanya soalan. Santai memang santai. Bergurau memang boleh tetapi perlu ada batasnya,” ciapnya dalam Twitter.

Betul juga, sekarang ramai pelawak jadi pengacara. Semua benda jadi lawak.

DIVA: Rindu zaman kegemilangan ramai pengacara lahir dari program seperti Nona dan Wanita Hari Ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI