fbpx
Gambar hiasan.

Lebih 22 juta individu dewasa lengkap vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Sebanyak 94.4 peratus atau 22,109,534 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat semalam.

Menerusi satu perkongsian data oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di laman Twitter rasminya berkata, sebanyak 97.4 peratus atau seramai 22,803,407 juta individu dewasa pula sudah menerima suntikan pertama.

Menurut data tersebut, sejumlah 157,999 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara setakat semalam.

Perkongsian data oleh JKJAV di laman Twitter rasminya.

“Daripada jumlah itu, Johor mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 17,238 diikuti, Selangor (15,037), Pulau Pinang (12,614) Perak (12,594), Pahang (10,022) dan Kedah (9,413),” katanya hari ini.

“Orang ramai disarankan agar mengamalkan ‘Test’, ‘Report’, ‘Isolate’, ‘Inform’, ‘Seek’ (TRIIS) bagi mengawal penularan wabak Covid-19,” ujarnya. – K! ONLINE

POPULAR