fbpx

Ahli politik tolong pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengingatkan semua pihak terutamanya ahli politik agar memakai pelitup muka.

Katanya menerusi satu kenyataan di InstaStory, semakin ramai dalam kalangan ahli politik yang dirakam gambar mereka tidak mengenakan pelitup muka ketika bermesyuarat.

Khairy Jamaluddin.

“Ramai ahli politik yang mempunyai diabetes, hipertensi dan berkemungkinan obesiti. Ia tidak menyeronokkan sekiranya anda dijangkiti Covid-19 walaupun telah menerima vaksin.

“United Kingdom sedang berhadapan dengan gelombang (Covid-19), yang mana antara sebabnya adalah keengganan mereka untuk memakai pelitup muka,” kata entri beliau di Instastory tersebut hari ini.

Sehubungan itu, Khairy Jamaluddin mengingatkan semua pihak agar tidak menjadi seperti United Kingdom.

“Pakailah pelitup muka,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI