fbpx

Defender serba baharu dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Model ikonik Defender yang dilancarkan Ja­guar Land Rover Malaysia menawarkan kelainan kepada para peminatnya dengan pengalaman pemanduan lebih mencabar.

Ini kerana kenderaan baharu tersebut menggabungkan ke­upayaan off-road untuk kenderaan dwiguna dengan teknologi dan reka bentuk praktikal.

Kenderaan yang ditawarkan dalam pilihan dua varian iaitu 2.0L 300 PS dan 3.0L 400PS MHEV itu dijual pada harga permulaan RM798,800 sehingga RM998,800.

Pengarah Urusannya, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, model tersebut dilengkapi inovasi terkini dan pelbagai aspek peningkatan serta masih mengekalkan imejnya sebagai ken­deraan Land Rover paling kukuh.

“Model ini juga sesuai untuk pemanduan harian dalam bandar,” katanya pada majlis pelancaran kenderaan baharu itu semalam.

Defender 2.0L 300 PS menggunakan enjin 2.0 liter Ingenium menghasilkan kuasa maksimum 300 PS pada 5,500 rpm. Defender 3.0L 400 PS MHEV pula menggunakan enjin berkapasiti 2,996cc dan menghasilkan kuasa maksimum 400 PS pada 5,500 rpm.

Sempena sambutan ulang tahun kerjasama Sime Darby dan Land Rover yang ke-40, pemilik Defender yang mendaftarkan kenderaannya tahun ini bakal menerima cenderahati berupa jam tangan bernilai RM2,288.

POPULAR