fbpx

Range Rover Sport generasi ketiga ‘lebih kacak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rekaan luaran kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover Sport generasi ketiga ini tampak lebih kemas dan tegap.

JAGUAR Land Rover Malaysia (JLRM) baru-baru ini telah melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover Sport generasi ketiga.

Model terbaharu itu menetapkan penanda aras dengan kehebatan pacuan di jalan raya selain terkenal di serata dunia dengan keupayaannya di semua permukaan dan keanggunan reka bentuk progresif dengan ciri keterhubungan terkini.

Rekaan luaran berpenampilan serba mewahnya di samping rupa yang dinamik dan teguh dapat disebatikan dengan DNA Range Rover.

Pada bahagian hadapannya, jeriji gril diapit dengan lampu utama jenis LED yang nipis sekali gus menampilkan rekaan baharu pada model Range Rover Sport.

Garis bentuk bahagian luarnya lebih menyerlah dengan tingkap dan pemegang pintu yang tersembunyi.

Teknologi reka bentuk ini menyumbang kepada kehebatan prestasi aerodinamik Range Rover Sport.

Lampu belakang jenis LED pula mengapit tanda nama Range Rover sekali gus memberikan imej baharu pada model ini.

Rekaan lampu nipis antara elemen terbaharu pada model itu.

Model ini juga menggunakan rim bersaiz 22 inci dan dilengkapi tayar simpanan dengan ukuran sebenar yang mencerminkan karakter sebuah SUV mewah.

Masuk ke ruang kabin, ruang ini mirip kokpit dan menjanjikan pengalaman pemanduan yang dinamik dengan tahap visual yang cemerlang, disertai konsol tengah tinggi.

Sistem kawalan penghawa dingin empat zon membolehkan penetapan tersendiri bagi kedua-dua pemandu dan penumpang, manakala ciri-ciri penulenan udara prokabin menapis kotoran dan menjamin keselesaan optimum.

Sistem infotainment dengan skrin sentuh bersaiz 13.1 inci membolehkan pemandu atau penumpang mengawal segala sistem meliputi pandu arah, media dan penetapan kenderaan.

Skrin utamanya mudah digunakan dan boleh disesuaikan degan ciri-ciri yang boleh dicapai dengan hanya dua sentuhan pada skrin utama.

Maklum balas haptik menjadikan sistem ini lebih baik dan mengurangkan keperluan untuk pemandu mengalihkan tumpuan mereka daripada jalan raya.

Range Rover Sport ini menggunakan enjin 3.0 liter petrol turbo berkembar dengan 48V mild-hybrid tech dan transmisi automatik ZF lapan kelajuan dengan ciri Pacuan Semua Roda Pintar.

Kombinasi itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 400PS dan tork tertinggi pada 550Nm.

Keanggunan bahagian pemanduannya yang serba mewah disempurnakan dengan ciri pemandangan permukaan ClearSight yang memberi tahap keterlihatan lebih jelas.

SUV mewah ini juga mampu memecut dari pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 5.7 saat.

Model terbaharu ini memperkenalkan pelbagai teknologi casis lanjutan untuk mewujudkan pengalaman pemanduan dinamik.

Direka berteraskan Seni Bina Longitud Modular (MLA-Flex) logam bercampur, casisnya menghasilkan ketegaran kilasan sehingga 35 peratus lebih tinggi berbanding model terdahulu, membentuk asas bagi sistem kawalan casis bersepadu yang ditala khas bagi Range Rover Sport baharu.

Di samping itu, penggunaan Suspensi Udara Dinamik meningkatkan lebar jalur suspensi dengan membezakan tekanan di dalam ruangnya.

Ciri-ciri keselamatan juga diutamakan.

Antaranya dilengkapi sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS), brek kecemasan, kamera keliling 3D, pengesanan meredah air dan tahap keterlihatan lebih jelas dengan pemandangan permukaan ClearSight dan cermin pandang belakang dalam ClearSight.

Selain itu, ia dilengkapi kawalan luncur adaptif dengan bantuan stereng, tindak balas keadaan pemandu, bantuan ikut lorong dan pengecaman tanda lalu lintas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI