fbpx
CHENG HOE (kanan) percaya anak-anak buahnya tidak berdepan masalah untuk berkampung di Singapura bagi saingan kejohanan Piala AFF Suzuki 2020, Disember depan.

Tiada masalah Harimau Malaya ‘berkampung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui pasukannya tidak mempunyai masalah untuk ‘berkampung’ sekali lagi bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung tahun depan.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan sudah ada pengalaman berkampung di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan akan berkelana ke Singapura bagi saingan kejohanan Piala AFF Suzuki 2020, Disember depan.

Kata Cheng Hoe, dua pengalaman itu sudah cukup membuatkan pasukannya bersedia mengharungi mana-mana kejohanan jika dianjurkan secara berpusat.

“Saya rasa bermain secara berpusat bukan masalah besar kerana sudah dilalui ketika di UAE lepas dan bakal mengalami situasi sama di Singapura nanti.

“Cuma, saya pasti barisan pemain inginkan peluang bermain di hadapan penyokong sendiri dan terpulang kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan kerajaan sama ada memberi lampu hijau atau sebaliknya.

“Apa sahaja keputusan, ber­aksi secara berpusat memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri. Kelebihan sudah tentulah jarak perjalanan dapat dikurangkan kerana format sebelum ini ia dilakukan tiga perlawanan di laman sendiri dan tiga lagi di ge­langgang lawan.

“Kekurangan pula adalah ke­lebihan bakal berpihak kepada ­mana-mana pasukan yang diberikan status tuan rumah kerana­ bakal beraksi di hadapan penyokong sendiri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengeluarkan ke­nyataan rasmi semalam bahawa saingan kelayakan Piala Asia 2023 akan dilangsungkan secara berpusat pada Jun depan ekoran pandemik Covid-19.

“Format kelayakan Piala AFC 2023 berubah apabila dilangsungkan secara round-robin de­ngan tiga aksi sahaja dan ia akan dianjurkan secara berpusat pada 8 hingga 14 Jun depan,” katanya.

POPULAR